Thursday, October 18, 2012

Nak submit borang tax(individu) @ enterprise @ sole trader @ Makan gaji @ Ada partner




Borang BE
Borang ini perlu diisi oleh individu berikut:
-Individu yang bermastautin di Malaysia.
-Tidak menjalankan apa-apa perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

Jika anda ada menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang BE, sila tukar borang tersebut kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

Borang B

Borang ini perlu diisi oleh individu berikut:
-Individu yang bermastautin di Malaysia.
-Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

Jika anda tidak menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang B, anda boleh samada:
-Menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau

Membuat penukaran kepada Borang BE di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

Tarikh Akhir Penghantaran Borang

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu adalah seperti berikut:
- Borang BE bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
- Borang B bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
-Borang M bagi individu bukan pemastautin tanpa punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
-Borang M bagi individu bukan pemastautin dengan punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
-Borang P bagi perniagaan perkongsian, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.

Pembayar cukai dikehendaki menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada atau sebelum tarikh akhir bagi mengelak dikenakan penalti.

Bayaran Balik Cukai

Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar cukai. Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima bayaran balik, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau e-mel ke Pusat Khidmat Pelanggan,

Semak Kedudukan Cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan yang mengendalikan fail anda atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.

Skim Ansuran CP500

Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun.

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang  ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang tidak menerima pada penghujung bulan Februari setiap tahun, boleh membuat semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1-300-88-3010.

Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon untuk membuat pindaan arahan bayaran ansuran tersebut melalui Borang CP502. Borang CP502 kebiasaanya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkaitan.
Semakan terhadap jumlah ansuran yang telah dibayar dan amoun cukai kena di bayar, tidak termasuk cukai untuk pendapatan pengajian, jika ada.Sekiranya ansuran tidak mencukupi, jumlah yang terkurang perlu dibayar semasa penghantaran BNCP pada tahun berikutnya.Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dbayar, pembayar cukai boleh membuat tuntutan bayaran balik di atas lebihan bayaran itu.

1 comment:

Anonymous said...

Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.