PENGENALAN
Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk membantu peniaga memahami konsep cukai dan perkara-perkara penting untuk pengurusan cukai.
Untuk pengetahuan anda semua blog ini diwujudkan khas menggunakan bahasa yang mudah untuk anda semua fahami.
Seperti kebiasaan blog yang anda semua pernah baca kebiasaannya menggunakan bahasa yang teknikal jadi sedikit sebanyak menyukarkan kefahaman anda semua yang tiada lansung pengetahuan dalam bidang percukaian.
Secara amnya, anda semua sudah tentu tahu dan pernah dengar tentang cukai bukan?
Tetapi siapakah yang layakdikenakan cukai? Adakah anda?
Baiklah. Mereka yang layak di kenakan cukai terdiri daripada dua golongan:
1- individu
2- syarikat
INDIVIDU
Bagi individu yang bekerja dengan majikan, adalah layak dikenakan cukai jikalau pendapatan yang anda perolehi setahun melebihi RM 23,834.00 selepas di potong KWSP.
Kebiasaannya pendapatan gaji kasar bulanan adalah melebihi RM2500.00 ke atas.
Bagi individu yang sudah mempunyai pendapatan hasil daripada perniagaan (milikan tunggal atau enterprise dan perkongsian) yang dijalankan pada tahun tersebut hendaklah berdaftar di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tetapi sekiranya perniagaan yang dijalankan tidak aktif / dormant perniagaan tersebut tidak perlu membuat pendaftaran.
SYARIKAT
Bagi syarikat yang sudah mempunyai pendapatan hasil daripada perniagaan dari status syarikat sdn bhd yang dijalankan pada tahun tersebut hendaklah berdaftar di pejabat Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN), tetapi sekiranya perniagaan yang dijalankan tidak aktif / dormant perniagaan tersebut tidak perlu membuat pendaftaran.
Sekiranya anda sudah mengetahui golongan yang layak dikenakan cukai, anda harus mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu di ambil untuk proses pendaftaran cukai ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pendaftaran cukai pendapatan bagi individu yang bekerja dengan majikan
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.
Dokumen pendaftaran yang di perlukan
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:
a. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan
Jenis – jenis Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP):
a) Borang C & R ( Syarikat)
b) Borang BE (Individu Makan Gaji)
c) Borang B (Individu Berniaga)
d) Borang P(Perkongsian)
Penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Syarikat
Borang C perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:
a. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan dokumen sokongan, ke alamat di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan.
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Aras 10-18, Menara CPersiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur
b. Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh
c. Mengira cukai pendapatan
d. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat
e. Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan
Sebarang kemusykilan boleh lah menghubungi:
nasrul 017-3052644
5 comments:
pengenalan yg mudah di fahami..sesuai bagi mereka yang tidak biasa dengan terma percukaian
hye, i wanna ask a simple question..i would like to know how to reduce taxable income..Tq..
contoh kita sudah berniaga dari tahun 2010 dan mendaftar pada tahun 2012 ...adakah akan dikenakan denda...atau kira2 akaun kena dilakukan dari tahun 2010?
jie-yep..pada asasnya penyata kewangan harus di sediakan bermula dari perniagaan beroperasi atau 1st invois atau sales encik..denda mungkin akan kena jika tahun pertama di kirakan cukai ada lebihan cukai yang kena di bayar kepada lhdn
lookmen-you can reduce it by apply with tax releif..tax rebate..gift and donation
TUMPANG TANYA..BAGAIMANA CARA nak buat laporan individu yang bekerja sendiri..saya baru nak daftar,,tapi tak tahu cara2 akaun yang di minta
Post a Comment