salam sejahtera reader sekalian..
arini saya ingin berkongsi satu lagi sketsa penipuan perniagaan yang mungkin dah lama tapi masih laku lagi jika di kaji sepenuhnya.
entry kali ini berkaitan penipuan syarikat memproses gaharu. kes ini melibatkan pelanggan saya sendiri baru tampil minggu lepas meminta pandangan kepada saya selaku setiausaha syarikat beliau.
pada saya sebagai setiausaha syarikat, pihak kami hanya bertindak sejajar dengan apa yang termaktub di dalam undang2 perniagaan sahaja. selain itu tugas peguam akan mengambil alih.
modus operandi penipuan ini sama sahaja dengan yang penipuan lain iaitu dengan memberikan pulangan yang lumayan setiap bulan. bagaimana ia menipu?saya sediakan dalam bentuk poin..
-saya di beritahu pertemuan pertama pelanggan saya dgn scammer ini di sebuah pameran pertanian (saya xtau lokasi nya)
-syarikat akan di arah kan untuk membeli sebuah mesin memproses gaharu berharga RM40k++ dengan mensyaratkan pelanggan scammer itu harus menubuhkan sdn bhd.
-3 bulan pertama pulangan akan diberikan dengan ganjaran RM5k setiap bulan bagi pelaburan RM100k. pelanggan saya ni labur RM200k lebih so means dalam RM10k akan dapat setiap bulan.
-masuk bulan yang di janjikan pihak pengurusan scammer tersebut memberikan alasan kebiasaannya alasan yang lebih kepada perumpamaan "ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengahari"
-mereka juga menyatakan setiap perjanjian peguam akan di meterai dan mereka akan menanggung semua risiko yang ada.
-berkenaan pengisuan cheque, mereka akan melantik signatory by mandate yang terdiri dari orang scammer ini sendiri. so means, dah bukak akaun bank-duit masuk-dan duit keluar semula.
-pengeluaran duit menggunakan dokumen yang sah yakni syarikat scammer akan isu satu Invois kepada sykt mangsa ini. mengandaikan sykt mangsa ini membeli mesin proses gaharu dgn scammer. satu taktik yang licik.
-selepas kesemua duit habis scammer ini akan mula menunjukkan tanda2 seperti di bawah:
-tidak menjawab panggilan atau sms
-sentiasa sibuk dan memberi alasan
malang tidak berbau, pelanggan saya telah pergi ke kilang proses gaharu(lokasi di rahsiakan) namun telah di tutup.
saya sangat simpati dengan apa yang berlaku dan ini nasihat saya kepada pelanggan saya itu:
1-buat laporan polis
2-jika ada simpanan lebih lantik peguam
3-jangan guna orang tengah jika hendak berniaga, usaha dengan tangan sendiri
4-memandangkan scamer ini menggunakan sykt utk berlindung dari penipuan, maka agak sukar untuk trace penjenayah yang menjadi dalang penipuan ini, kerana scammer akan menggunakan nama syarikat utk bergerak walhal dia lah yang menjadi tok dalang nya.
5-sebelum melabur dapatkan penasihat undang2 seperti peguam atau setiausaha syarikat yang berpengalaman kerana ada sesetengah setiausaha sykt yang memiliki kemahiran mengenalpasti scammer dalam perniagaan.
6-yang terakhir, tiada yang senang dalam berniaga. dan jangan mudah percaya dengan bentuk perniagaan yang menjanjikan pulangan tanpa usaha dari tangan kita sendiri.
sekarang ini pelanggan saya dalam proses untuk membuat laporan polis, semoga akan tertangkap scammer tersebut dengan bantuan Allah yang Maha Kuasa.
Sunday, February 16, 2014
Tuesday, February 11, 2014
Satu sketsa...mengapa caj u ni mahal sangat?!
salam sejahtera semua reader..
dari tajuk di atas dah tentu ia kena tepat kepada semua provider perkhidmatan seperti saya bukan?
topik kali ini saya ingin utarakan kisah benar yang berlaku pada saya beberapa kali sehinggakan saya merasakan perlu untuk saya blogging di sini. kisah ini dah berlarutan dengan kedatangan pelanggan pelanggan baru yang melantik saya sebagai setiausaha sykt dan akauntan bagi mereka. cuma bezanya cerita ketidakpuasan hati pelanggan baru ni merisaukan saya tentang etika kesetiausahaan syarikat.
hal ini berkaitan dengan caj perkhidmatan VS kepuasan perkhidmatan. seorang pelanggan baru saya ni telah menubuhkan sdn bhd hampir setahun lebih sudah dan beliau telah di kenakan kompaun yang tinggi (4 angka) dari SSM.
dengan nada yang agak kasar dan marah serta kecewa beliau lansung tidak tahu mengapa hal seperti ini terjadi. setelah saya membelek segala dokumen yg di terima dari setiausaha lamanya terpanggil untuk saya bertanyakan beberapa soalan kepada pelanggan itu.
soal pertama berkenaan caj perkhidmatan. beliau menyatakan sebelum nak tubuh sdn bhd dia dan rakan kongsi lain telah membuat perbandingan harga dan setiausaha sykt @ company secretary (cosec) lama ini yang paling murah.
pada saya memang sangat murah dengan gaya hidup di ibu kota besar ini!!! tubuh sdn bhd di bawah RM 1500.00..
sambil tersenyum saya menyatakan kepada pelanggan saya ini lah di namakan perangkap perniagaan. pada asasnya boleh di katakan semua cosec boleh buat begitu tetapi awas lah dengan servis yang di tawarkan.
BAYAR MURAH =SERVIS LAMBAT
BAYAR MAHAL=SERVIS CEPAT
sememangnya bertepatan dengan slogan penyedia perkhidmatan di dalam bidang seperti saya ini.
saya menyatakan kepada beliau tidak ada dalam dunia ni percuma dan semua nya harus ada bayaran cuma yang berbeza samada mahal atau murah sahaja yang menjadi penanda aras bagi sesuatu servis tu.
seperti di awal cerita tadi pelanggan baru saya tu kena kompaun dan saya bertanya samada pernah di beritahu atau tidak tentang hal ini. kata pelanggan baru itu memang pernah tapi cuma sekali sahaja!! dan setiap 3 bulan sekali bil cosec akan sampai di pejabat nya. apa yang menggeramkan pelanggan baru saya tu adalah untuk setel kan masalah kompaun cosec tu minta caj yang agak mahal dengan alasan kena masuk mahkamah dan sebagainya.
kesan dari itu pelanggan baru sy telah serik kerana katanya memang adil dunia ini, bayar murah servis cepat memang tidak pernah wujud.
jadi nasihat saya kpd usahawan a.k.a reader saya..hati hati la dengan caj murah ni ye..ada udang di sebalik batu tau....
Tuesday, January 7, 2014
Friday, October 19, 2012
contoh format akaun untung rugi dan kunci kira-kira
salam sejahtera reader,
mungkin reader a.k.a usahawan enterprise tidak tahu format akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang betul untuk mengisi borang cukai.
di sini saya tunjuk pic format pelanggan saya.tq

contoh akaun untung rugi
contoh kunci kira-kira
semoga dapat bagi info walaupun sedikit. sekian terima kasih..
buletin pertama dari H H ISMAIL MANAGEMENT SERVICES SDN BHD
salam sejahtera kepada semua reader,
asal nya buletin ni nak di edar tahun 2011 tapi saya sibuk fokus untuk keja di pejabat. jadi dengan rasa bahagia nya dan syukur ke hadrat ilahi saya berjaya mencetak buletin ini yang telah di edit mengikut kesesuaian semasa.

Buletin-kaedah terbaik menyampaikan maklumat
Ekoran terdapat pelbagai sistem penyampaian maklumat yang terkini dari segi
media cetak dan elektronik, H H Ismail Management Services Sdn Bhd melalui
Buletin H H Ismail menyampaikan maklumat melalui pengiriman artikel buletin
secara bulanan berkonsep faksimili. Ujar ketua editor Buletin H H Ismail Encik
Nasrul walaupun kini media cetak dan elektronik berlumba-lumba menyampaikan
info terkini kepada masyarakat umum tentang ilmu asas perniagaan, namun beliau
yakin pengiriman melalui pos secara bulanan yang berkonsep tradisional masih
mendapat tempat di hati pembaca artikel serta mereka yang mendambakan ilmu.
Tambahan pula, buletin yang di edarkan kepada pelanggan dan peniaga terpilih memiliki
kelainan dari buletin artikel yang lain serta sesuai dengan semua lapisan
pembaca.
saya mewakili firma saya sendiri dan warga kerja hhismail memohon maaf lah kepada reader jika tidak berkesempatan memiliki nya sebab usaha yang terbatas. tetapi jika pihak reader mempunyai faks boleh lah post di sini utk kami faks kepada anda.
Thursday, October 18, 2012
Nak submit borang tax(individu) @ enterprise @ sole trader @ Makan gaji @ Ada partner
Borang BE
Borang ini perlu diisi oleh individu berikut:
-Individu yang bermastautin di Malaysia .
-Tidak menjalankan apa-apa perniagaan di dalam
tahun yang ditaksir.
Jika anda ada menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang BE,
sila tukar borang tersebut kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang
berhampiran.
Borang B
Borang ini perlu diisi oleh individu berikut:
-Individu yang bermastautin di Malaysia .
-Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang
ditaksir.
Jika anda tidak menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang B,
anda boleh samada:
-Menggunakan borang tersebut untuk membuat
pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan
sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau
Membuat penukaran kepada Borang BE di mana-mana cawangan LHDNM
yang berhampiran.
Tarikh Akhir Penghantaran Borang
Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi
individu adalah seperti berikut:
-
Borang BE bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir
penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
- Borang B bagi individu yang mempunyai punca
pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30
Jun setiap tahun.
-Borang M bagi individu bukan pemastautin tanpa
punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April
setiap tahun.
-Borang M bagi individu bukan pemastautin dengan
punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun
setiap tahun.
-Borang P bagi perniagaan perkongsian, tarikh
akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Pembayar cukai dikehendaki menghantar Borang Nyata Cukai
Pendapatan pada atau sebelum tarikh akhir bagi mengelak dikenakan penalti.
Bayaran Balik Cukai
Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada
pembayar cukai. Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima bayaran balik, anda
bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat
kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau e-mel ke
Pusat Khidmat Pelanggan,
Semak Kedudukan Cukai
Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh
memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan yang mengendalikan
fail anda atau menulis surat
kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.
Skim Ansuran CP500
Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada
penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran
ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan
Mac setiap tahun.
Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada
pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500. Pembayar
cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran
seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang
tidak menerima pada penghujung bulan Februari setiap tahun, boleh membuat
semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau
hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1-300-88-3010.
Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak
bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon untuk membuat
pindaan arahan bayaran ansuran tersebut melalui Borang CP502. Borang CP502
kebiasaanya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar
cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari
30 Jun bagi tahun yang berkaitan.
Semakan terhadap jumlah ansuran yang telah
dibayar dan amoun cukai kena di bayar, tidak termasuk cukai untuk pendapatan
pengajian, jika ada.Sekiranya ansuran tidak mencukupi, jumlah yang terkurang
perlu dibayar semasa penghantaran BNCP pada tahun berikutnya.Sekiranya jumlah
ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dbayar, pembayar cukai boleh membuat
tuntutan bayaran balik di atas lebihan bayaran itu.
Wednesday, October 17, 2012
buku panduan pengisian borang B 2011
di berikan di bawah link yang berkaitan dengan pengisian borang B untuk taksiran 2011
BORANG B 2011
semoga berjaya mengisi..
BORANG B 2011
semoga berjaya mengisi..
Dokumen asas penyediaan akaun untung rugi dan kunci kira-kira
salam sejahtera reader semua, kali ini saya nak berikan sedikit info berkenaan dokumen yang di perlukan untuk membuat akaun untung rugi dan kunci kira-kira.
dokumen yang akan di senaraikan di bawah ini adalah yang ringkas, jika ada penambahan boleh lah reader tambah apa yang patot ye,,,galakan dari pihak reader amat diperlukan bagi memantapkan blog saya ini
semoga menjadi blog yang banyak membantu reader dalam memahami apa itu perakaunan dan yang best nye adalah hal ehwal percukaian.
checklist
-ic pemilik atau rakan kongsi
-sijil daftar niaga(ada 3 keping)
-bank statement dan cheque butt yang telah digunakan sejak bermula akaun semasa di buka
-invois dan resit rasmi enterprise
-invois pembekal dan baucar bayaran
-penyata epf bukti bayaran dan socso dan bukti bayaran
-senarai aset atas nama enterprise dan peribadi (yang mengandungi tarikh,amaun,bukti belian)jika tiada tidak akan di kira
-perjanjian sewa beli premis dan hirepurchase agreement
-apa2 perbelanjaan berkaitan perniagaan
-sijil perkahwinan
-ic suami / isteri dan anak2
-borang ea/ec
-baucar dividen
-resit premium insuran
-resit pembelian buku
-resit perubatan
-resit derma...senarai institusi yang mendapat pelepasan cukai pendapatan
-resit premium zakat...website PPZ untuk info lebih
jadi setakat ini sahaja yang perlu untuk buat akaun untung rugi dan pra percukaian...ada link yang boleh bagi info untuk reader.
jika ada masalah atau yang xpaham leh la hubungi saya di number yang tertera.

Tuesday, October 9, 2012
bayar cukai lagi...
salam sejahtera pengunjung semua...tax payable for disember year end dah lama berlalu..skang ni duk fokus utk jun year end plak...
persis dengan tajuk topik kat atas tu...bayar cukai lagi...macam tu la ritual nya saban taun...semua nya sama je cuma digit je berbeza...
beberapa persoalan yang timbul mungkin dalam diri pengunjung blog adalah:
1-adakah tahap ekonomi perniagaan kita baik atau tidak sejajar dengan undang2 cukai di malaysia?
2-berapa agak nya kena bayar tax payable tahun ni...
ini persoalan yang biasa di kotak pemikiran kita sebagai peniaga khususnya...
so pengunjung blog ni ada apa2 nak di debat kan?

Monday, October 8, 2012
Tubuh Syarikat, Perakaunan, Borang Cukai Pendapatan
kami merupakan sebuah firma setiausaha syarikat yang beroperasi di kuala lumpur menawarkan perkhidmatan seperti:
1-penubuhan syarikat sdn bhd
2-hal ehwal kesetiausahaan syarikat
3-hal ehwal penyata kewangan dan pengurusan pejabat
4-percukaian individu dan syarikat(penting utk dokumen sokongan membuat loan)
faedah yang di miliki jika bersama kami adalah:
1-tiada yuran bulanan setiausaha syarikat
2-anda hanya perlu membayar jika anda perlukan perkhidmatan kami sahaja
3-perkhidmatan konsultan cukai secara bulanan khas utk syarikat anda
4-perkhidmatan penghantaran dokumentasi berkaitan dokumen statutori pada hari yang sama(terma dan syarat dipatuhi)
sekiranya anda ingin kan lebih faedah sila hubungi:
017-3052644(nasrul)...sms juga di terima
Promosi penubuhan syarikat baru sdn bhd hanya RM 1,999.00 sahaja promosi terhad sehingga 31 Disember 2012 ini sahaja.

Jenis Pendapatan Yang Di kenakan Cukai
Secara amnya, semua jenis pendapatan pembayar cukai harus di kenakan atau di kira cukai nya, termasuklah:
1-perniagaan atau profesion
2-penggajian
3-dividen
4-interest
5-diskaun
6-sewaan
7-royalti
8-premium
9-pencen
10-anuiti
11-lain-lain yang membolehkan pembayar cukai terima pendapatan
mana-mana individu yang memperolehi pendapatan tahunan RM25,501 (selepas potongan EPF) harus mendaftar file cukai.
bermula tahun 2010 pula mana-mana individu yang memperolehi pendapatan tahunan RM26,501 selepas potongan EPF harus mendaftar file cukai.
Bagaimana anda hendak mendaftar?
dokumen yang di perlukan adalah:
1-penyata gaji terkini (borang EA/EC) atau slip gaji
2-salinan kad pengenalan atau pengenalan diri
3-salinan sijil perkahwinan jika ada
sekian terima kasih

Tuesday, September 20, 2011
Pelajar Jurusan Perakaunan...Di mana Kekuatan Anda?
salam semua..dah sekian lama xupdate blog ni..dalam tempoh transisi ni banyak ranjau dan duka di lalui dalam mengejar diri sebagai seorang peniaga dan akauntan..syukur alhamdulillah semua nya berjalan dengan seperti yang di rancangkan...yang pasti allah lah yang merancang untuk saya dalam menguruskan firma perakaunan.
Dalam blog kali ni..saya tergerak hati nak berkongsi dengan para pensyarah, cikgu dan pendidik secara am nya dan pelajar khususnya.
istilah pelajar jurusan perakaunan sememangnya sinonim dengan pelajar yang cekap dalam mengira, cermin mata tebal dan macam-macam lagi tanggapan seperti suka berkira baik dalam hidup atau pembelajaran.
tetapi yang nak di ketengah kan di sini adalah masa depan anda semua sebagai pelajar di bidang ini. Maaflah jika saya berkata keterlaluan jika mengganggap pelajar islam masih belum cukup kuat atau tahan banting.
di mana silap nya di sini?adakah kerana sifat manja masih tertanam dalam diri?apakah manja itu?bantuan yang di salurkan mengikut kuota?atau anda punya tanggapan sendiri.
saya sebagai rakan kongsi utama di dalam firma saya sendiri berasa agak kuatir apa akan jadi sekiranya pelajar pelajar yang menjalankan praktikal di sesuatu firma tidak sempat menggarap peluang yang ada.
adakah pasti jika mengatakan mereka yang menjalankan praktikal di luar sana semata mata untuk mendapatkan A untuk Latihan Industri anda?
masuk kerja 8.30 pagi dan pulang jam 5.30 punctual?
malah lagi teruk jika yang datang 8.30 pagi tapi mula tugas jam 9.00 pagi.
sememangnya ramai yang beranggapan pelajar praktikal akan di buli oleh pekerja tetap. tapi adakah itu satu trend?atau sememangnya ia satu latihan untuk mereka yang ingin membiasakan diri di dalam persekitaran kerja firma audit.
berkenaan gaji pula, ramai beranggapan kerja di firma audit tidak lah semewah mana tetapi apa yang di janjikan adalah ilmu yang bermanfaat untuk memudahkan pelajar yang sudah bekerja mendapat tempat di industri. tetapi berapa ramai yang sanggup bertahan?setahun paling minima dan hanya segelintir yang akan mengejar cita-cita membuka firma sendiri.
sememangnya menjalankan perniagaan perkhidmatan seperti bidang ini tidak memberikan pulangan yang lumayan. tetapi mengapa saya sendiri masih berdegil untuk mengabdikan diri di dalam bidang ini?
setentunya kerana jika bukan kerana saya dan rakan rakan saya yang lain tidak lah dapat pelajar semua mendapat sentuhan sebagai pekerja firma bumiputra yang masih wujud hingga kini yang mana di pelopori bangsa lain.
jadi di mana kekuatan anda sebagai pelajar perakaunan? adakah anda semua masih tidur dan bangun mengejar kuliah yang penuh dari pagi hingga ke petang?
bagaimana nasib kakak dan abang senior anda yang berada di latihan industri?adakah mereka senang di sana?setentu nya pasti mereka akan menceritakan pada anda. dan yang paling pasti adalah elaun.
sememangnya benar, di dalam kesempitan hidup manusia yang tidak mengenal peringkat umur menyebabkan kita semua lebih mengambil sikap material jika menyelam sambil minum air.apa maksudnya itu?selain dapat menghabiskan latihan praktikal di firma audit atau yang seangkatannya, elaun juga di berikan sebagai perbelanjaan asas yang mungkin tidak banyak tapi sekurang kurang nya ada.
jadi di mana kesediaan anda semua pelajar?adakah anda masih lagi berumbang ambing dengan suasana di institusi pengajian?tanpa memikirkan apa akan anda semua hadapi di dunia pekerjaan nanti.
adakah cukup dengan keputusan peperiksaan yang mampu menambat hati sesiapa yang melihat?
atau pemberi latihan itu sedang memerlukan selain dari apa yang pelajar ada?
jika mengikut trend semasa, tiada majikan yang mahukan ahli di organisasi nya hanya tahu tentang perakaunan semata-mata. seperti di suap dengan ilmu perakaunan. malah ada yang beranggapan lain nya kerja atau praktikal di firma organisasi itu sampai ilmu di institusi pengajian menjadi kosong dan segalanya bermula di organisasi latihan.
keperluan semasa semakin mencabar, dan itu hakikat. semakin luas dunia globalisasi ini sebenarnya semakin menyempit kan pemikiran kita ke atas sifat berjaga-jaga dalam sesuatu perkara. fahami dan fikirkan sedalamnya.
seandainya pelajar tidak bersiap sedia dengan dunia pekerjaan walaupun latihan industri adalah pendedahan awal, harus di ingat, banyak mana yang boleh mereka timba. dan yang paling penting pengurusan masa itu adakah cekap atau sepanjang latihan itu tiada apa manfaat yang di perolehi. hanya di sibukkan dengan mengisi buku laporan sahaja.
pendedahan awal yang harus di mulakan sebenarnya bukan di latihan industri. bagi saya ini kaedah lama.
pendedahan awal yang terbaik adalah bermula dari usaha dan gabungan antara institusi pengajian dan juga badan korporat yang menjalan kan perkhidmatan berkaitan bidang anda.
mungkin boleh di mulakan dengan persatuan perakaunan yang mana anda bertindak sebagai pemudah cara bagi tercapainya matlamat ini.
mana mungkin tidak saya menyatakan sebegini. kerana jika di lihat dalam proses pengembangan kanak kanak, adakah tunggu kanak kanak itu lahir dahulu baru di asuh, atau masih di dalam kandungan lagi? fikir fikirkan dan selamat beramal.

Tuesday, December 22, 2009
Tanggungjawab Membayar Cukai
Sekilas...
Borang C perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:
Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan dokumen sokongan, ke alamt di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan.
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Aras 10-18,
Menara C, Persiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur
1-Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh
2-Mengira cukai pendapatan
3-Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat
4-Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan

Thursday, December 3, 2009
Pelepasan Cukai Individu
Apa kabar anda semua!
Kali ini saya akan memberikan sedikit panduan dan info yang bermanfaat pada anda berkenaan info cukai.
Info kali ini masih berkisar tentang percukaian individu. Tajuk info kali ini adalah kadar pelepasan cukai individu pemastautin.
Di harap info ini akan membantu anda membuat perancangan yang lebih teratur di masa akan datang.
1-Individu dan saudara tanggungan ---->RM8,000
2-Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa ---->RM5,000 (Terhad)
3-Peralatan Sokongan Asas ---->RM5,000 (Terhad)
4-Individu Kurang Upaya ---->RM6,000
5-Yuran Pendidikan (Sendiri) ---->RM5,000 (Terhad)
6-Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati ---->RM5,000 (Terhad)
7-Pemeriksaan perubatan penuh ---->RM500 (Terhad)
8-Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan ---->RM1,000 (Terhad)
9-Pembelian komputer peribadi untuk individu ---->RM3,000 (Terhad)
10-Tabungan bersih dalam skim SSPN ---->RM3,000 (Terhad)
11-Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan ---->RM300 (Terhad)
12-Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri ---->RM3,000 (Terhad)
13-Suami/Isteri kurang upaya ---->RM3,500
14-Anak di bawah umur 18 tahun ---->RM1,000
15-Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa
---->RM1,000
16-Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan ---->RM4,000
17-Anak Kurang upayaPelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan ---->RM5,000
18-Insuran nyawa dan KWSP ---->RM6,000 (Terhad)
19-Insurans pendidikan dan perubatan ---->RM3,000 (Terhad)

Sunday, November 29, 2009
PENDAFTARAN,SYARAT DAN MENGURANGKAN CUKAI PENDAPATAN
PENGENALAN
Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk membantu peniaga memahami konsep cukai dan perkara-perkara penting untuk pengurusan cukai.
Untuk pengetahuan anda semua blog ini diwujudkan khas menggunakan bahasa yang mudah untuk anda semua fahami.
Seperti kebiasaan blog yang anda semua pernah baca kebiasaannya menggunakan bahasa yang teknikal jadi sedikit sebanyak menyukarkan kefahaman anda semua yang tiada lansung pengetahuan dalam bidang percukaian.
Secara amnya, anda semua sudah tentu tahu dan pernah dengar tentang cukai bukan?
Tetapi siapakah yang layakdikenakan cukai? Adakah anda?
Baiklah. Mereka yang layak di kenakan cukai terdiri daripada dua golongan:
1- individu
2- syarikat
INDIVIDU
Bagi individu yang bekerja dengan majikan, adalah layak dikenakan cukai jikalau pendapatan yang anda perolehi setahun melebihi RM 23,834.00 selepas di potong KWSP.
Kebiasaannya pendapatan gaji kasar bulanan adalah melebihi RM2500.00 ke atas.
Bagi individu yang sudah mempunyai pendapatan hasil daripada perniagaan (milikan tunggal atau enterprise dan perkongsian) yang dijalankan pada tahun tersebut hendaklah berdaftar di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tetapi sekiranya perniagaan yang dijalankan tidak aktif / dormant perniagaan tersebut tidak perlu membuat pendaftaran.
SYARIKAT
Bagi syarikat yang sudah mempunyai pendapatan hasil daripada perniagaan dari status syarikat sdn bhd yang dijalankan pada tahun tersebut hendaklah berdaftar di pejabat Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN), tetapi sekiranya perniagaan yang dijalankan tidak aktif / dormant perniagaan tersebut tidak perlu membuat pendaftaran.
Sekiranya anda sudah mengetahui golongan yang layak dikenakan cukai, anda harus mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu di ambil untuk proses pendaftaran cukai ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pendaftaran cukai pendapatan bagi individu yang bekerja dengan majikan
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.
Dokumen pendaftaran yang di perlukan
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:
a. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan
Jenis – jenis Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP):
a) Borang C & R ( Syarikat)
b) Borang BE (Individu Makan Gaji)
c) Borang B (Individu Berniaga)
d) Borang P(Perkongsian)
Penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Syarikat
Borang C perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:
a. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan dokumen sokongan, ke alamat di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan.
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Aras 10-18, Menara CPersiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur
b. Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh
c. Mengira cukai pendapatan
d. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat
e. Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan
Sebarang kemusykilan boleh lah menghubungi:
nasrul 017-3052644

Tuesday, December 2, 2008
persamaan perakaunan
Sebelum ini saya telah menerangkan tentang konsep dan kepentingan penyata kewangan.
Kali ini saya akan menerangkan secara ringkas tentang apa itu pula persamaan perakaunan.
Persamaan perakaunan mengandungi:
-aset
-liabiliti
-ekuiti
aset
Aset harta benda yang dimiliki oleh pihak perniagaan bagi membantunya menjalankan urusniaga.
liabiliti
Liabiliti liabiliti ialah jumlah tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan atau dibayar balik oleh perniagaan
ekuiti/modal
Juga dikenali sebagai modal.Modal satu jumlah wang yang disumbangkan oleh pihak pemilik perniagaan bagi tujuan menjalankan urusniaga supaya memperolehi untung
Persamaan Perakaunan : -
ASET-LIABILITI=EKUITI
Kunci kira-kira satu penyata yang menunjukkan kedudukan modal, liabiliti dan aset pada satu titik masa tertentu.

Sunday, November 30, 2008
pengenalan kepada penyata kewangan
Kesan dari masalah global dan ditambah dengan kenaikan harga barang, anda sebagai peniaga@usahawan kini sukar untuk mendapatkan keuntungan. Antara masalah utama yang di hadapi oleh anda sebagai peniaga atau usahawan adalah modal dalam menjalankan perniagaan.
Di samping itu mungkin anda ada juga mengeluh kerana perkhidmatan yang lambat seperti yang di harapkan serta sikap sambil lewa yang diambil oleh penyedia perkhidmatan di dalam bidang ini.
Perlu di fahami bidang kewangan amat penting untuk semua individu mau pun yang berniaga secara kecil-kecilan hingga lah yang besar. Anda mungkin tidak tahu tentang sistem kewangan sehingga anda ingin membuat pinjaman untuk perniagaan! Bila sudah tahu baru lah anda akan tercari-cari rakan-rakan untuk mengetahui maklumat berkenaan individu yang boleh menyediakan kertas kerja perniagaan.
Anda juga bermasalah bila sudah buat kertas kerja perniagaan, pinjaman yang di impikan tidak dapat diluluskan kerana pelbagai alasan yang di berikan oleh institusi kewangan mahupun bank komersial ataupun pihak kerajaan!
Anda juga bermasalah jika sudah membeli template kertas kerja kewangan atau rancangan perniagaan tetapi hingga bahagian kewangan atau penyediaan akaun untung rugi dan penyata aliran tunai(cash flows projection) kerana anda tidak mempunyai kemahiran tentang aspek kewangan.
Ini kerana kebolehan utama anda sebagai seorang usahawan yang berjaya adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda! Di sini letaknya kelemahan anda sebagai usahawan!
Anda selalunya lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.
Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!
Anda mungkin mengeluh sekiranya penyedia perkhidmatan kewangan mengenakan caj yang tinggi!Ya!Memang berbaloi kerana untuk menyediakan satu kertas kerja untuk membuat pinjaman perniagaan bukan mudah. Ini kerana ia melibatkan banyak pihak seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhan Syarikat Malaysia dan pihak kerajaan juga!Mau tidak, sekiranya penyata kewangan tidak di buat dengan betul anda sebagai usahawan perniagaan akan mengalami banyak masalah. Sudah la pinjaman tidak lulus malah pihak berkuasa seperti di nyatakan tadi menyerbu premis anda untuk tujuan penyiasatan sekiranya ada fraud@penyelewengan dalam perniagaan anda! Sekali kompaun mau makan beribu-ribu malahan ke jutaan ringgit!
Tidak hairan lah mengapa individu yang bekerja di dalam bidang kewangan di bayar gaji yang tinggi!

Monday, November 24, 2008
Perkara yang perlu seseorang usahawan tahu bila berkecimpung dalam bidang perniagaan atau sebelum memulakan perniagaan
DOKUMEN-DOKUMEN PERNIAGAAN
Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan
Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus perniagaan yang telah dijalankan
Mengapa dokumen perniagaan penting?
-Ia penting kerana ia mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau perkhidmatan, kuantiti dan harga
-Selain itu, ia juga menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan atau tidak
-Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan
-Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan
Mengapa menyimpan dokumen adalah penting?
-Memudahkan mencari dan membuat rujukan
-Lebih terjamin keselamatan dokumen
Cara Menyimpan Dokumen
-Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik
-Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod
-Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras
Jenis-Jenis Dokumen
Jenis-jenis dokumen yang digunakan terbahagi dalam 3 proses:
Sebelum Jual beli-Surat tanya -Katalog -Sebut harga -Senarai harga -Borang Pesanan
Semasa Jual beli-Nota serahan -Invois -Nota debit Nota Kredit
Selepas Jual beli-Penyata akaun -Resit Bil Tunai
Perinciannya:
1. Surat tanya
2. Katalog
3. Sebut harga
4. Senarai harga
5. Borang Pesanan
6. Nota serahan
7. Invois
8. Nota debit
9. Nota Kredit
10. Penyata akaun
11. Resit
12. Bil Tunai
1.Surat Tanya
-Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
-Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan yang ingin dibeli
Perkara-perkara dalam surat tanya:
-Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
-Harga barangan dan syarat pembayaran
-Syarat serahan dan pembayaran
-Tarikh serahan
2.Katalog
-Bahan bercetak dalam bentuk buku atau helaian pamplet/browser
-Perkara-perkara dalam katalog
-Gambar barangan dalam warna
-Nombor rujukan atau kod barangan
3.Sebut Harga
Surat yang dikirimkan kepada membeli yang menyatakan butiran barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Perkara-perkara penting dalam sebut harga:
-Jenis barangan
-Jenama barangan
-Harga barang
-Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai
-Syarat serahan dan syarat pembayaran
4.Senarai harga
Surat yang dikirimkan kepada pembeli yang menyatakan butiran baranga dan harga yang ditawarkan
5.Borang pesanan
Dokumen yang mengandungi maklumat baarang dan harga barangan yang akan dibeli
6.Nota serahan
Dokumen yang mengandungi senarai barangan dan kuantiti barang yang diserahkan
7.Invois
Dokumen yang menyatakan senaran barang kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi barangan yang telah diserahkan
8.Nota Debit
Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan yang terdapat dalam invois
9.Nota kredit
Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada yang sepatutnya
10.Penyata akaun
Dokumen yang dikeluarkan setiap hujung bulan atau suatu tempoh tertentu yang mennyatakan senarai urusniaga dan pembayaran yang telah dibuat.
11.Resit
Dokumen yang mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti penting bahawa pembayaran telah dibuat
12.Bil Tunai
Senarai barangan ,kuantiti , harga dan jumlah pembayaran yang dibuat secara tunai
Maklumat Penting Dalam Dokumen
-Mengenal pasti maklumat penting
-Kegunaan dokumen bagi menyediakan akaun

Thursday, November 20, 2008
asas perakaunan untuk para usahawan
Tanggapan umum mengenai 'syarikat'
Apa itu syarikat? Jika soalan ini ditujukan kepada umum, secara rambangnya anda pasti boleh membuat kesimpulan awal bahawa kebanyakan orang menganggap syarikat itu sebagai, apa sahaja bentuk struktur perniagaan yang dianggotai atau diusahakan oleh dua atau lebih orang yang bermuafakat untuk menjalankan perniagaan bagi memperoleh keuntungan. Sememangnya tanggapan demikian tepat sekali jika dilihat daripada makna perkataan ‘syarikat’ itu sendiri. Walau bagaimanapun tanggapan itu adalah tidak selari dengan sudut pandangan undang-undang, kerana undang-undang tidak menganggap sesuatu pemuafakatan perniagaan oleh dua orang atau lebih itu secara mutlaknya boleh terus dianggap sebagai syarikat. Perkongsian juga adalah satu bentuk pemuafakatan dua atau lebih orang yang membentuk sesuatu firma perniagaan tetapi tidak dianggap oleh undang-undang sebagai syarikat. Sebenarnya yang mencirikan sesebuah struktur perniagaan itu sebagai sebuah ‘syarikat’ bukanlah kerana bilangan anggota yang membentuknya, tetapi kerana ‘kewujudannya’ sebagai suatu ‘entiti’ dan ‘mekanismenya’.
Konsep 'orang' di sisi undang-undang
Undang-undang merujuk 'syarikat' sebagai 'orang. Bukan 'orang biasa' seperti manusia, tetapi adalah 'orang buatan' atau lebih tepat lagi, 'orang buatan undang-undang'. Mengapa undang-undang menganggap syarikat sebagai 'orang'? Apakah yang dimaksudkan dengan 'orang'? 'Orang' di sisi undang-undang mempunyai dua ciri utama: mempunyai hak untuk bertindak, dan mempunyai hak untuk memiliki harta.
Sesiapa sahaja yang mempunyai kedua-dua ciri itu, sama ada 'dia' seorang 'manusia biasa' atau sebuah 'persatuan yang diperbadankan', undang-undang menganggapnya sebagai 'orang'. Dalam zaman mutakhir ini, barangkali semua manusia mempunyai kedua-dua ciri tersebut. Kita sebagai manusia mempunyai hak untuk bertindak di sisi undang-undang untuk mempertahankan hak kita, dan boleh juga diambil tindakan oleh orang lain atas perkara yang sama. Kita juga mempunyai hak untuk memiliki harta sekiranya kita mampu. Barangkali di zaman dahulu, ada manusia yang tidak boleh dianggap sebagai 'orang', iaitu hamba abdi! Seorang hamba abdi tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut; tidak boleh bertindak dan tidak boleh memiliki harta atas namanya sendiri.
Syarikat sebagai 'orang buatan undang-undang'
Syarikat sememangnya mempunyai hak untuk bertindak dan hak untuk memiliki harta ataas namanya sendiri. Syarikat boleh bertindak untuk menguatkuasakan haknya, dan dalam masa yang sama boleh diambil tindakan oleh orang lain yang mempertahankan hak mereka dalam hubungan mereka dengan syarikat, dengan mengambil tindakan unadng-undang ke atas syarikat. Syarikat juga boleh memmiliki harta atas nama syarikat sendiri. Jika syarikat misalnya memiliki sekeping tanah, tanah berkenaan adalah dimiliki atas nama syarikat sendiri, bukannya atas nama pemegang-pemegang syer, pengarah-pengarah atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan atau kepentingan dengan syarikat. Biarpun anda 'memiliki' keseluruhan syer dalam syarikat, tanah berkenaan misalnya, bukanlah tanah anda, tetapi sebaliknya adalah kepunyaan syarikat.
Peruntukan seksyen 16(5) mengenai konsep 'syarikat'
Barangkali konsep syarikat akan lebih terjelas dengan meneliti peruntukan seksyen 16(5) seperti yang berikut:
"Pada dan mulai dari tarikh pemerbadanan yang dinyatakan dalam perakuan pemerbadanan itu, tetapi tertakluk kepada Akta ini (Akta Syarikat 1965 -p), penandatangan-penandatangan memorandum (Memorandum Persatuan -p) besama-sama dengan mana-mana orang lain yang akan, dari masa ke semasa, menjadi anggota syarikat itu hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan (badan korporat -p) dengan nama yang terkandung dalam memorandum itu, yang boleh serta-merta menjalankan segala fungsi sesuatu syarikat yang diperbadankan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dengan kuasa untuk memegangmilik tanah (termasuk harta -p) tetapi dengan apa-apa liabiliti di pihak anggota-anggota itu untuk menyumbangkan kepada aset-aset syarikat sekiranya ia digulung sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini."
Tabir pemerbadanan
Syarikat adalah suatu entiti undang-undang. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘entiti’? Pada amnya sesuatu itu dianggap sebagai mempunyai ‘entiti’ jika ianya wujud secara sendiri, berasingan daripada orang yang membentuknya, mengurusnya dan menganggotainya. Syarikat adalah suatu entiti yang wujud secara sendiri dan berasingan daripada penaja-penaja yang membentuknya, pengarah-pengarah yang mengurusnya, dan pemegang-pemegang syer yang menganggotainya. Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, seolah-olah suatu tabir direntang, yang mengasingkan di antara syarikat dengan penaja-penaja, pengarah-pengarah, pemegang-pemegang syer dan sesiapa sahaja yang berkepentingan dalamnya. Tabir itu mewujudkan suatu 'entiti'. Suatu 'entiti undang-undang yang berasingan'!
Menyingkap tabir pemerbadanan
Apakah sesebuah syarikat itu dianggap sebagai mempunyai 'entiti undang-undang yang berasingan' dalam semua hal-keadaan? Apakah 'tabir pemerbadanan' itu benar-benar kebal? Jawapannya tentulah tidak! Jika dalam semua hal-keadaan, syarikat dianggap sebagai berasingan, pastinya prinsip 'entiti undang-undang yang berasingan' itu akan dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sendiri dan mengeruhkan senario sektor korporat. Kes-kes mahkamah , baik di luar negera mahu pun di negara kita sendiri telah menjadi bukti betapa prinsip itu telah disalahgunakan. Dengan yang demikian, dalam beberapa hal keadaan, undang-undang telah 'menyingkap tabir pemerbadanan' dan melihat realiti di sebalik personaliti korporat setiap syarikat dan mengenal pasti anggota-anggotanya secara individu atau pengarah-pengarahnya daripada syarikat atau menafikan terus 'personaliti berasingan' syarikat, misalnya dengan mengganggap syarikat-syarikat dalam 'syarikat kumpulan' sebagai satu entiti sahaja.
Beberapa peruntukan tertentu dalam Akta dan Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyingkap tabir pemerbadanan, dalam beberapa hal keadaan yang berikut:
Pertamanya, apabila bilangan anggota syarikat menjadi kurang daripada dua orang (kecuali syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhan) selama enam bulan atau lebih. Mana-mana anggota yang menyedarinya adalah bertanggungan untuk membayar semua hutang syarikat yang dikontrakkan selepas tarikh tersebut.
Keduanya, semasa di ambang pembubaran, jika kelihatan bahawa perniagaan syarikat dijalankan dengan niat untuk memfraud pemiutang atau untuk tujuan fraud yang lain, mahkamah boleh, dengan permohonan pelikuidasi, mengisytiharkan bahawa mana-mana orang yang secara disedarinya melakukan fraud berkaitan, adalah bertanggungan untuk membuat sumbangan (jika ada) kepada aset syarikat sebagai mana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Ketiganya, semasa di ambang pembubaran, jika kelihatan bahawa pegawai-pegawai syarikat merupakan pihak yang berkontrak dalam hutang syarikat sedangkan mereka mengetahui yang syarikat tidak mungkin mampu membayarnya, mahkamah boleh mengisytiharkan pegawai yang terlibat untuk bertanggungan membayar kesemua atau sebahagian daripada hutang tersebut.
Keempatnya, apabila seseorang pegawai syarikat menandatangani atau membenarkan supaya ditandantangani bagi pihak syarikat apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang, cek atau pesanan barangan atau wang, dan nama syarikat tidak dinyatakan dalam huruf yang mudah dibaca atau tidak dinyatakan dengan lengkap, maka pegawai berkenaan adalah melakukan kesalahan dan bertanggungan kepada pemegang dokumen yang tersebut jika syarikat mungkir. Misalnya, jika nama syarikat tidak mempunyai perkataan 'berhad' sebagai sebahagian daripada namanya.
Kelimanya, pengarah-pengarah yang membenarkan pembayaran dividen sedangkan syarikat tidak membuat keuntungan, akan bertanggungan kepada pemiutang hutang syarikat setakat amaun dividen yang melebihi keuntungan berkaitan.
Keenamnya, apabila syarikat adalah berkaitan di antara satu sama lain dan membentuk suatu 'syarikat kumpulan', maka undang-undang dalam hal-keadaan tertentu menganggap syarikat-syarikat dalam kumpulan berkenaan sebagai 'satu entiti' dan bukannya sebagai 'entiti yang berasingan'.
Ketujuhnya, Akta Cukai Pendapatan 1967 menyingkap tabir pemerbadanan sesebuah syarikat apabila 'personaliti korporat' digunakan untuk mengelakkan daripada membayar cukai atau mengelakkan daripada menanggung liabiliti berkaitan dengan pemabayaran cukai.
Selain daripada campur tangan statut, terdapat beberapa kes mahkamah yang membentangkan hal keadaan yang mana tabir pemerbadanan disingkap, antara lainnya sebagai yang berikut:
Pertamnya, apabila mahkamah ingin memastikan sesebuah syarikat itu diperalatkan oleh syarikat lain.
Keduanya, apabila syarikat membeli syernya sendiri dalam suatu cadangan pengambilalihan.
Ketiganya, apabila syarikat induk mengelakkan daripada membayar gaji pekerja syarikat subsidiarinya yang sepatutnya dibayar olehnya.
Keempatnya, apabila syarikat diperbadankan dan didaftarkan untuk tujuan fraud.
Kelimanya, apabila syarikat digunakan sebagai 'selubung' untuk melindungi pengarah-pengarah atau pemegang syernya daripada memenuhi sesuatu kontrak penjualan.
Keenamnya, apabila syarikat diperalatkan untuk mengelakkan seseorang daripada didakwa menjadi pesaing kepada syarikat yang dia menjadi pengarah.
Ketujuhnya, syarikat bersekutu dianggap sebagai entiti ekonomi yang tunggal.
Kelapannya, dalam hal keadaan tertentu, 'pemunya baru' sesebuah syarikat dianggap sebagai bersekutu dengan 'syarikat yang dipunyainya'.
Kesembilannya, apabila terbukti yang sesebuah syarikat subsidiari bertindak sebagai ejen syarikat induknya.
Kesepuluhnya, apabila mahkamah perlu menentukan pemunya sebenar sesuatu aset yang telah ditukarkan pemilikannya kepada syarikat untuk tujuan yang fraud atau lain-lain tujuan yang menyalahi undang-undang.
KEJENISAN SYARIKAT
Ciri-ciri umum syarikat megikut jenis
Sebelum mengambil keputusan untuk memperbadankan sesebuah syarikat, anda perlu terlebih dahulu memutuskan jenis syarikat yang bakal dibentuk. Ini kerana setiap jenis itu mempunyai beberapa ciri yang berbeza dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan yang berbeza.
Anda perlu memilih di antara syarikat berhad atau syarikat tidak berhad. Kelemahan utama syarikat tidak berhad ialah, anggota-anggotanya adalah 'bertanggungan sendiri' ke atas hutang syarikat dan oleh itu kurang sesuai dipilih sebagai struktur perniagaan untuk tujuan menjalankan perniagaan. Tetapi jika syarikat yang dicadangkan untuk diperbadankan itu bertujuan untuk memegang hak milik tanah atau pelaburan, status liabiliti tidak terhad itu tidaklah penting, sebaliknya memberi beberapa kebaikan seperti boleh memulangkan modal syer kepada anggota-anggota dan tidak perlu mendedahkan kedudukan kewangan syarikat kepada awam. Dengan ketiadaan liabiliti terhad juga, syarikat boleh diterima oleh pihak tertentu yang berurusan dengan syarikat.
Jika anda memilih syarikat berhad, anda sekali lagi perlu memilih sama ada untuk membentuk 'syarikat yang terhad mengikut jaminan' atau 'yang terhad mengikut syer'. Jika syarikat yang akan anda bentuk itu bercadang untuk beroperasi bukan dengan tujuan memperoleh keuntungan, syarikat yang terhad mengikut jaminanlah yang paling sesuai. Syarikat yang terhad mengikut syer paling sesuai jika anda bercadang untuk membentuk syarikat yang akan menjalankan perniagaan dengan bermotifkan keuntungan.
Sama ada syarikat yang anda pilih berasaskan kriteria berhad atau tidak berhad, sama ada yang 'bermodal syer' atau yang tidak bermodal syer, anda mempunyai dua pilihan lagi, sama ada anda ingin membentuk syarikat persendirian atau awam. Kedua-dua jenis perniagaan ini memenuhi tujuan ekonomi yang berbeza. 'Syarikat awam' bertujuan untuk mengumpul modal daripada orang awam untuk menjalankan perniagaannya. Syarikat persendirian pula kebanyakannya cuma untuk mendapatkan taraf 'personaliti undang-undang' yang berasingan ke atas perniagaan yang dijalankan. Jika anda memilih untuk membentuk syarikat awam sekalipun, adalah lebih baik bagi anda untuk memperbadankan syarikat persendirian terlebih dahulu dan kemudiannya menukarkan statusnya kepada syarikat awam. Cara begini lebih banyak memberikan kebaikan dengan memudahkan beberapa prosedur pendaftaran.
Daripada berbagai jenis syarikat yang tersebut di atas, lebih kurang 98% daripada jumlah syarikat di Malaysia yang pada masa ini berjumlah lebih kurang 310,000 buah, adalah terdiri daripada syarikat yang terhad mengikut syer daripada jenis persendirian. Syarikat yang paling dominan ini sering dirujuk sebagai 'Syarikat Sendirian Berhad'.
Syarikat Sendirian Berhad
Pengertian syarikat sendirian berhad
Jika anda merujuk Akta Syarikat 1965, anda tidak akan temui suatu jenis syarikat yang dinamai sedemikian. Sebenarnya syarikat berkenaan, mengikut istilah undang-undang dikenali sebagai 'syarikat persendirian yang terhad mengikut syer'. Barangkali kerana undang-undang menghendaki supaya syarikat daripada jenis ini dinamai dengan nama yang mesti mengandungi perkataan 'Sendirian Berhad' atau singkatannya 'Sdn. Bhd.' atau 'Sendirian Bhd.' atau 'Sdn. Berhad', orang memilih untuk lebih serasi menamakannya sebagai 'Syarikat Sendirian Berhad'.
Ciri-ciri syarikat sendirian berhad
Selain daripada mempunyai ciri-ciri liabiliti terhad dan bermodal syer, Syarikat Sendirian Berhad mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya (dan sekaligus mempopularkannya) daripada jenis syarikat yang lain.
1. Batasan pindahmilik syer
Syarikat tidak boleh bebas memindah milik syernya. Biasanya sekatan kebebasan ini dibuat dalam dua bentuk, iaitu dengan memberikan hak membeli dahulu kepada anggota syarikat yang sedia ada sebelum syer boleh dipindah milik kepada orang luar yang masih belum menjadi anggotanya. Sekatan pindah milik syer juga ada kalanya dibuat dengan memperuntukkan di dalam Memorandum atau Perkara-perkara Persatuan bahawa pindah milik hanya boleh dibuat dengan kelulusan lembaga pengarah.
2. Batasan bilangan anggota.
Bilangan anggota syarikat tidak boleh melebihi 50 orang. Bagi tujuan menentukan bilangan anggota syarikat, syer yang dipegang secara bersesama oleh dua orang atau lebih dianggap sebagai dipegang oleh seorang sahaja. Begitu juga pekerja syarikat atau subsidiarinya yang menjadi anggota tidak dihitung dalam menentukan had bilangan anggota-anggotanya.
3. Larangan pelawaan awam mendeposit wang dan memohon beli syer dan debentur.
Syarikat dilarang daripada 'memungut wang' daripada orang awam dengan 'mempelawa orang awam' untuk 'memohon beli syer' atau debentur syarikat atau mempelawa mereka mendeposit wang dengan syarikat.
Ciri-ciri yang dibentangkan di atas menunjukkan bahawa Syarikat Sendirian Berhad lebih bersifat ‘tertutup’ dan terhad kepada perkongsian perniagaan berbentuk keluarga, rakan-rakan terdekat atau dalam bentuk usaha sama yang terhad.
Kejenisan syarikat sendirian berhad
Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad boleh merupakan 'Syarikat Persendirian Terkecuali’ atau ‘Syarikat Persendirian Yang Tidak Terkecuali’. Syarikat Persendirian Terkecuali ialah sebuah syarikat persendirian yang anggota-anggotanya bukan sebuah perbadanan. Semua anggotanya terdiri daripada ‘orang biasa’, tidak ada syarikat (atau perbadanan) menganggotainya. Jumlah anggotanya pula tidak boleh melebihi 20 orang. Paling istimewa, syarikat ini, walaupun masih perlu menyediakan akaun tetapi tidak perlu mendedahkannya kepada awam atau tidak perlu menyerahkannya kepada Pendaftar Syarikat, menjadikan maklumat kedudukan kewangannya lebih ‘tertutup’ kepada pengetahuan awam. Jika sesebuah Syarikat Sendirian Berhad berkenaan tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, Syarikat Sendirian Berhad berkenaan adalah sebuah Syarikat Persendirian Yang Tidak Terkecuali. Perkataan ‘tidak terkecuali’ itu dengan sendirinya menunjukkan bahawa syarikat masih perlu mengemukakan akaun yang teraudit kepada Pendaftar Syarikat untuk dizahirkan kepada awam.
Bagaimana memperoleh status ‘Syarikat Persendirian Yang Terkecuali’?
'Perakuan Pemerbadanan' syarikat anda tidak memberi pengiktirafan sedemikian rupa. Segalanya bergantung sama ada syarikat anda memenuhi kesemua ciri-ciri yang tersebut di atas dan jika 'Penyata Tahunan' syarikat anda mengandungi satu perakuan oleh pengarah, setiausaha dan juru audit bahawa syarikat anda adalah sebuah Syarikat Persendirian Yang Terkecuali pada masa yang releven. Jika syarikat anda mempunyai anggota yang melebihi 20 orang dan terdiri daripada ‘orang biasa’ (tiada seorang anggotapun yang terdiri daripada sebuah syarikat atau perbadanan), syarikat anda pastinya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan status itu kerana syarikat anda cuma perlu mendapat perakuan daripada pengarah dan setiausaha syarikat. Anda mungkin kadangkala menghadapi masalah untuk mendapatkan perakuan juru audit kerana biasanya juru audit tidak cenderung untuk memperakukan sesebuah syarikat sebagai Syarikat Persendirian Yang Terkecuali.
SYARIKAT BERKAITAN
Hubungan di antara syarikat
Seperti manusia, syarikat juga boleh dikaitkan di antara satu sama lain. Realiti perniagaan akur kepada wujudnya ‘hubungan kekeluargaan’ di antara syarikat. ‘Hubungan kekeluargaan’ di antara syarikat ini diiktiraf oleh undang-undang. Undang-undang merujuk syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu sebagai ‘syarikat berkaitan’. Persoalannya, apakah kriteria yang menetukan wujudnya perkaitan di antara sesebuah syarikat dengan syarikat yang lain? Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa sesebuah syarikat adalah dianggap ‘berkaitan’ dengan syarikat yang lain jika antara kedua-duanya itu wujud ‘perhubungan pemegang subsidiari’ atau jika kedua-dua syarikat berkenaan adalah syarikat subsidiari kepada ‘syarikat pemegang’ yang sama.
Misalnya, jika syarikat B dan syarikat C adalah syarikat subsidiari kepada syarikat pemegang A, maka syarikat B adalah berkaitan dengan syarikat A kerana kedua-duanya mempunyai ‘hubungan pemegang-subsidiari’; dan, syarikat C dan A juga adalah berkaitan kerana mempunyai ‘hubungan pemegang-subsidiari’ juga di antara kedua-duanya. Begitu jugalah keadaannya, syarikat B dan syarikat C adalah ‘berkaitan’ di antara satu sama lain kerana kedua-duanya adalah syarikat subsidiari kepada syarikat pemegang yang sama, iaitu syarikat A.
Pengertian syarikat pemegang dan syarikat subsidiari
Sekali lagi persoalan timbul, kenapa syarikat B dan syarikat C dianggap mempunyai ‘hubungan pemegang subsidiari’ dengan syarikat A? Kenapa syarikat A dianggap sebagai ‘syarikat pemegang’, manakala syarikat B dan syarikat C dianggap sebagai ‘syarikat subsidiari’? Seksyen 5 Akta Syarikat 1965 menjelaskan mengenainya. Berdasarkan contoh di atas, syarikat A adalah ‘syarikat pemegang’ kepada syarikat B (dan juga syarikat C) jika salah satu daripada syarat yang berikut dipenuhi: syarikat A mengawal komposisi lembaga pengarah syarikat B atau syarikat A mengawal lebih daripada separuh kuasa mengundi syarikat B atau syarikat A memiliki lebih daripada separuh modal syer terbitan boleh undi syarikat B atau syarikat B adalah subsidiari kepada syarikat C yang juga adalah subsidiari kepada syarikat A.
Keempat-empat keadaan di atas boleh difahami dengan jelas melalui tiga ujian yang berikut:
Pertamanya, bagi menentukan yang syarikat A mengawal komposisi lembaga pengarah syarikat B, syarikat A perlu mempunyai majoriti dalam mesyuarat agung syarikat B. Ini bermakna A mempunyai undi majoriti dan dengan itu boleh mengawal komposisi lembaga pengarah syarikat B. Walau bagaimanapun, tidak semestinya syarikat A perlu menguasai undi majoriti dalam mesyuarat agung syarikat B, jika Perkara-perkara Persatuan syarikat B memperuntukkan bahawa pengarah-pengarah syarikat B tidak boleh dilantik tanpa persetujuan syarikat A, atau dengan cara yang lain, Perkara-perkara Persatuan syarikat B memperuntukkan bahawa mana-mana pengarah syarikat A adalah secara automatik menjadi pengarah syarikat B. Selain daripada itu, kawalan komposisi lembaga pengarah syarikat B oleh syarikat A boleh wujud jika apa-apa kuasa yang releven yang dipegang oleh syarikat subsidiari kepada syarikat A yang lain (misalnya syarikat C) atau melalui ‘penerima namaan’ adalah diatribut kepada syarikat A dalam menetukan kawalan dalam komposisi lemabaga pengarah syarikat B. Misalnya, syarikat A mempunyai 10% dan syarikat C, sebuah syarikat subsidiari kepada syarikat A juga, mempunyai 20% daripada syer terbitan berkuasa undi dalam syarikat B, maka jumlah syer terbitan berkuasa undi syarikat C dicampur dengan jumlah syer terbitan berkuasa undi syarikat A (iaitu 60%) memberi kuasa kawalan kepada syarikat A sebagai syarikat pemegang kepada syarikat B.
Keduanya, bagi menentukan yang syarikat A memegang lebih daripada separuh modal syer terbitan berkuasa undi syarikat B, hendaklah terdapat suatu atribut daripada syer-syer yang dipegang oleh penerima namaan atau syarikat subsidiarinya kepada syarikat A. Misalnya, syarikat A tidak disenaraikan dalam Daftar Anggota-anggota syarikat B, tetapi syarikat A memiliki 20% modal syer terbitan berkuasa undi atas nama syarikat Y, penerima namaan syarikat A, dan, syarikat X, suatu subsidiari kepada syarikat A, didaftarkan sebagai pemegang 30% modal syer terbitan boleh undi dalam syarikat B. Jadi B adlah subsidiari kepada A kerana kedua-dua pegangan dalam syarikat X dan syarikat Y masing-masing atribut kepada syarikat A walaupun syarikat A tidak menjadi anggota syarikat B. Ini juga kerana syarikat X hanyalah sebuah ‘subsidiari separa milikan’ kepada syarikat A. Andaikan syarikat A memiliki 60% modal syer terbitan boleh undi dalam syarikat X (dan baki 40% dimiliki oleh orang lain), maka semua pegangan syarikat X dalam syarikat B mestilah diatribut kepada syarikat A. Bukan hanya senkadar 60% itu sahaja. Walau bagaimanapun, apa-apa syer atau kuasa yang dipegang atau dimiliki hanya sebagai penerima namaan kepada orang lain tidak boleh diambil kira. Misalnya, andaikan syarikat A memiliki 99% daripada syer terbitan boleh undi dalam syarikat B tetapi syer berkenaan didaftarkan atas nama ‘bank A’ sebagai penerima namaan kepada syarikat A, maka syarikat A sebenarnya merupakan syarikat pemegang, dan bukannya ‘bank A’.
Ketiganya, jika wujudnya ‘struktur piramid’ dalam perhubungan di antara subsidiari-subsidiari dengan syarikat pemegang, maka syarikat pemegang berkenaan dikenali sebagai ‘syarikat ibu’. Misalnya, jika syarikat B dan syarikat C masing-masing adalah subsidiari kepada syarikat A, maka A adalah ‘syarikat ibu’ kepada syarikat B dan syarikat C.
Syarikat pemegang utama
Seksyen 5A Akta Syarikat 1965 memperkenalkan suatu bentuk perhubungan di antara syarikat, iaitu ‘syarikat pemegang utama’ dan ‘syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhan’. Syarikat pemegang utama ialah suatu 'perbadanan' yang mempunyai subsidiari tetapi syarikat itu sendiri tidak menjadi subsidiari kepada syarikat lain. Misalnya, andaikan syarikat A tidak menjadi subsidiari kepada mana-mana syarikat lain. Syarikat A akan menjadi syarikat pemegang utama kepada syarikat B dan syarikat C. Sebaliknya syarikat B tidak menjadi syarikat pemegang utama kepada syarikat C kerana syarikat B adalah syarikat subsidiari kepada syarikat A.
Syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhan
Seksyen 5B Akta Syarikat 1965 menakrifkan syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhan sebagai suatu subsidiari yang mana semua syernya dimiliki oleh syarikat pemegang dan penerima namaannya, syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhannya dan penerima namaan kepada syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhannya.
JENIS-JENIS SYARIKAT YANG LAIN
Syarikat pelaburan
Selain daripada syarikat berkaitan, syarikat tertentu juga boleh dikategorikan sebagai 'syarikat pelaburan'. Syarikat pelaburan ialah syarikat awam yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agung dalam Warta Kerajaan sebagai syarikat pelaburan. Syarikat pelaburan ialah syarikat yang terlibat dalam pelaburan sekuriti boleh pasar dengan motif mendapatkan keuntungan, dan bukannya hanya untuk melaksanakan kawalan.
Kejenisan syarikat, selain daripada yang sememangnya ditetapkan oleh undang-undang, boleh terdiri daripada berbagai jenis, bergantung kepada sudut pandangan anda. Anda barangkali boleh, pada pendapat anda, menjeniskan syarikat sebagai syarikat kecil, sederhana dan besar mengikut saiz jualan, prestasi, bilangan tenaga kerja atau mungkin juga berdasarkan kepada modal syer.
Pertukaran status syarikat
Sepanjang yang berkaitan dengan undang-undang, kejenisan sesuatu syarikat yang telah ditetapkan oleh undang-undang boleh berubah statusnya, misalnya seperti yang berikut: syarikat tidak berhad boleh bertukar status kepada syarikat berhad atau syarikat awam boleh bertukar status kepada syarikat persendirian atau syarikat persendirian boleh bertukar status kepada syarikat awam.
Biar apapun pertukaran status ke atas sesebuah syarikat, identiti sesebuah syarikat berkenaan tidak akan berubah. Jika syarikat anda telah berubah statusnya daripada syarikat persendirian kepada syarikat awam misalnya, identiti syarikat anda tidak berubah. Hak dan obligasi syarikat anda tetap sama seperti sebelumnya. Cuma yang berbeza ialah. barangkali kuasa yang ada pada syarikat anda yang mungkin bertambah atau berkurang, dan obligasi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh syarikat anda mungkin semakin membebankan atau mulai berkurangan. Kesimpulannya, perubahan status atau jenis syarikat anda tidaklah menyentuh identiti syarikat anda atau apa-apa hak dan obligasi syarikat anda atau mencacatkan apa-apa prosiding oleh atau terhadap syarikat anda; dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat anda melalui status (jenis) syarikat anda yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat anda dengan status (jenis) barunya.
RUJUKAN
A. AKTA SYARIKAT 1965
Seksyen 4, 4A.
Seksyen 5, 5A, 5B.
Seksyen 6.
Seksyen 15 (1)(b).
Seksyen 16 (4), (5).
Seksyen 22 (4).
Seksyen 25 (1), (2), (4), (5).
Seksyen 26 (1), (2), (3).
Seksyen 27 (1), (2), (7).
Seksyen 36.
Seksyen 121(c).
Seksyen 304 (1), (2).
Seksyen 365 (2)(b).
Jadual 8.
B. AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
Seksyen 140 (1).
C. KES-KES MAHKAMAH
Salomon lwn Salomon & Co. Ltd (1897) A.C. 22.
Lee lwn Lee's Air Farming Ltd (1960) 3 All E.R. 420.
Bank Bumiputera Malaysia Berhad & YL lwn Lorren Esme Osman & YL (1988) 1 MSCLC 90,024.
Zizi Press Sdn. Bhd. lwn Sriba Hotels Sdn. Bhd. (1989) 1 MSCLC 90,282.
T. SBP Sdn. Bhd. lwn Director General of Inland Revenue (1988) 1 MSTC 243.
DHN Food Distributors Ltd lwn Hamlets London Borough Council (1976) 1 W.L.R. 852.
Tiu Sui Kian & YL lwn Red Rose Restaurant Sdn. Bhd. (1950-1985) MSCLC 282.
Hotel Jaya Puri Bhd lwn National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers & YL (1950-1985) MSCLC 282.
Aspatra Sdn. Bhd. & YL lwn Bank Bumiputera Malaysia Berhad & YL (1988) 1 MSCLC 90,076.
Gilford Motor Co Ltd lwn Horne (1933) Ch 935.
FG (Films) Ltd, Re (1953) 1 WLR 483.

Subscribe to:
Posts (Atom)